LAB 4.
CARA UNTUK MEMBUAT BUY STOP DAN SELL STOP.
1. BUY STOP
Buka InstaForex Demo, pergi ke New Order. Tukar Type kepada Pending Order. Type pada Pending Order tukar kepada Buy Stop. Pada Price, nilai 1.2204 adalah harga semasa. Nilai tersebut perlu ditambah dengan +15 pip.
Price tersebut menjadi 1.2219 selepas ditambah +15 pip. Tekan Place.
Selepas selesai tetapkan S/L dan T/P , tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.
Setelah selesai Buy Stop yang pertama, teruskan untuk Buy Stop yang kedua. Gunakan langkah yang sama seperti Buy Stop pertama dan yang berubah hanyalah Price. Nilai pip bagi Buy Stop yang pertama ialah +15. Untuk Buy Stop kedua adalah +25. Kedua-dua nilai pip ini haruslah ditambah terlebih dahulu sebelum ditambah pada Price. Jumlah tambah dua pip ini ialah +40. Jadi, harga semasa iaitu 1.2204 haruslah ditambah dengan +40. Nilai selepas ditambah ialah 1.2244. Selepas itu, tekan Place.
Double-click pada column T/P. Ubah nilai pada S/L dan T/P. Pada S/L nilai haruslah -50 pip manakala T/P +50 pip. Tekan Modify.
Tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.
Setelah selesai untuk Buy Stop yang kedua, ulangi langkah yang sama untuk Buy Stop yang ketiga ini. Tekan pada New Order. Jumlah nilai pip yang kedua ialah +40 pip. Untuk yang ketiga ini, nilai pip adalah +25. Nilai pip ini haruslah ditambah dengan jumlah nilai pip pertama dan kedua. Jadi, jumlah untuk nilai pip yang ketiga ini ialah +65. Jadi, harga semasa iaitu 1.2204 tambah dengan +65 menjadi 1.2269. Tekan Place.
Double-click pada column T/P. Ubah nilai pada S/L dan T/P. Pada S/L nilai haruslah -50 pip manakala T/P +50 pip. Tekan Modify.
Tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.
2. SELL STOP
Setelah selesai untuk Buy Stop, lakukan untuk Sell Stop pula. Cara yang sama dengan Buy Stop, hanya menggunakan harga semasa iaitu 1.2204 sahaja. Harga tersebut ditolak dengan -15 pip. Harga selepas ditolak ialah 1.2189. Tekan Place.
Double-click pada column S/L. Ubah nilai pada S/L dan T/P. Pada S/L nilai haruslah +50 pip manakala T/P -50 pip. Tekan Modify.
Tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.
Setelah selesai Sell Stop yang pertama, teruskan untuk Sell Stop yang kedua. Gunakan langkah yang sama seperti Sell Stop pertama dan yang berubah hanyalah Price. Nilai pip bagi Sell Stop yang pertama ialah -15. Untuk Sell Stop kedua adalah -25. Kedua-dua nilai pip ini haruslah ditambah terlebih dahulu sebelum ditolak pada Price. Jumlah tambah dua pip ini ialah -40. Jadi, harga semasa iaitu 1.2204 haruslah ditolak dengan -40. Nilai selepas ditolak ialah 1.2164. Selepas itu, tekan Place.
Double-click pada column S/L. Ubah nilai pada S/L dan T/P. Pada S/L nilai haruslah +50 pip manakala T/P -50 pip. Tekan Modify
Tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.
Setelah selesai untuk Sell Stop yang kedua, ulangi langkah yang sama untuk Sell Stop yang ketiga ini. Tekan pada New Order. Jumlah nilai pip yang kedua ialah -40 pip. Untuk yang ketiga ini, nilai pip adalah -25. Nilai pip ini haruslah ditambah dengan jumlah nilai pip pertama dan kedua. Jadi, jumlah untuk nilai pip yang ketiga ini ialah -65. Jadi, harga semasa iaitu 1.2204 tambah dengan -65 menjadi 1.2139. Tekan Place.
Double-click pada column S/L. Ubah nilai pada S/L dan T/P. Pada S/L nilai haruslah +50 pip manakala T/P -50 pip. Tekan Modify.
Tekan kanan pada tetikus. Pilih Trailing Stop -> 15 points.




















No comments:
Post a Comment